20 Oktober 2015.
First entry Biee (singkatan Na-Biee-Hah) menulis. Blog ni da agak lama Biee wujudkan. Cuma tak terfikir nak menulis. Tapi tak tahu kenapa hari ini, Biee terasa nak menulis di blog.
Biee suka nak share dengan orang lain. Yang baik dijadikan panduan. Yang buruk jadi tauladan. So my life's is not perfect. Banyak kurang dari lebihnya.
I love to do business. Jiwa business Abah turun pada Biee. Husband Biee juga bekerja sendiri. Biee da involve dalam business hampir 3 tahun lebih.
Sekrang ni Biee fokus business online. WMBH (singkatan husband) pula busy dengan projek fiber optik dan perniagaan sataynya. Dua business sekali gus.
Masa lapang di masa tiada projek, WMBH akan fokus perniagaan satay. Hidup selepas kahwin banyak pancaroba. Kental atau tidak sahaja. Bergantung kepada sejauh masa kuatnya iman masing-masing.
Banyak perniagaan kami lakukan. Masih belum dikatakan berjaya. Kami terus mencari apa silap kami. Yang penting jangan terus putus asa.
Malam ni WMBH terasa sudah hendak berputus asa. Terima kasih Ya Allah! Kau beri aku kekuatan untuk hadapi keadaan ini. Aku bersyukur.
24 jam WMBH tidak tidur disebabkan kerja. Dapat tidur selama 4 jam dan terus bersiap untuk berniaga satay pula. He's working too hard. Sambil kuatkan semangat dia, WMBH terus terlelap. ALLAH! Meratapi wajah suami yang dicintai, aku menangis. Terlalu bersyukur dikurniakan suami sebaik ini.
Biee tetap berjaga. Bimbang kalau WMBH perlukan apa-apa.
"ISTERI, SENTIASA INGAT ANDA BERKAHWIN DENGAN SUAMI KERANA ALLAH TAALA ATAUPUN TIDAK"
Syurga Isteri Di Bawah Telapak Kaki Suami.
No comments:
Post a Comment