Wednesday, 28 October 2015

WMBH BUAT SURPRISE!

Orang lelaki ni jarang jumpa yang pandai memasak. (Yang kerjaya CHEF tolak tepi). Even kalau chef sekali pun, belum tentu rajin nak masak kat rumah. Huhu

Jika ada suami pandai memasak, sila BERSYUKUR sangat pada Allah. Mana nak dapat cik kak oi! Ada tu memang ada, tapi susah.

Bila encik suami offer nak masak, pergh! Berbunga-bunga hati tiada siapa yang tahu. HAHA!

Biarkan je encik suami nak masak. Kita as isteri apa lagi! Tolong la dia kan. Jangan biarkan dia sorang-sorang kat dapur. Itu namanya RELATIONSHIP BONDING.

Kalau tak sedap, jangan komplen! Itu syarat NO 1! Sebab itu perlu para isteri ada di dapur untuk bantu. Kalau ada yang kurang, BANTU!

Yang pasti BERSYUKUR!

Malam tadi WMBH offer nak masak. Gini dia cakap "Baby, baby boleh tolong abang tak?"

"Boleh!"

"Tolong abang tanakkan nasi, abang nak masak lauk."

Wiwiwiwi, tanpa diminta. Terus g dapur siapkan barang nak masak. 

● Suami, sekali sekala gembirakan hati isteri itu perlu. Tak perlu hadiah yang mahal, tak perlu bunga dan sebagainya. Cukup dengan menghulurkan pertolongan di rumah.

● Isteri, sentiasa hargai suami anda. Walau sekalipun suami tidak begitu. Berbakti kepada suami, In Shaa Allah syurga tempat kamu wahai isteri.

APA YANG BEST HAURA SKINCARE NI???

[HAURA FORMULA UPGRADED !]
.
.
Nak habaq maii nii.. jangan risau HAURA ni ada formula dia sendiri tau.. .
.
.
.
Bukan krim siang malam warna putih kuning tu.. .
BUKAN PRODUCT SIAM
BUKAN PRODUCT REPACKAGING!
ADA KELULUSAN KKM!
.
.
.
Warna putih tu krim malam.. warna hijau turqoise krim siang.. .
.
.
.
Ramai regular customer puji yang new formula ni best sebab lebih sejuk. lebih pekat.. lebih jimat.. lebih berkesan.. .
.
.
.
Kalau dulu sebulan nak tunggu jerawat kecut..sekarang dua minggu dah boleh nampak kesan dah.. .
.
.
Alhamdulillah . Semoga Haura lepas ni dapat membantu ramai lagi yang bermasalah kulit..IN SHAA ALLAH
.
.
INFO LANJUT HAURA, .
.
WHATSAPP 011 27699828

Apa yang best Haura Skincare ni?

● Botanical Skincare. Berasaskan pati tumbuh-tumbuhan. Kita sedia maklum setiap ciptaan itu ada kelebihannya. Yang terbukti bagus untuk kulit. Ramai orang dah beralih arah ke penjagaan wajah yang lebih bersifat alam semulajadi. BACK TO BASIC orang kata. Yang pasti ia bukan INSTANT RESULT.

●Berapa banyak pati? Ada LEBIH 10 jenis pati tumbuhan yang terpilih. Banyak kan? Agak-agak kalau tak dimudahkan dalam bentuk seperti ini, ada tak yang RAJIN nak cari satu-satu lepas tu buat sendiri kat rumah?

Kita share sikit hari ini. NEXT TIME SHARE LAGI. Nak tengok PROVEN TESTIMONIES? LIHAT PADA FB PAGE  SS BEAUTE HOUSE

Monday, 26 October 2015

AKTIVITI MASA LAPANG

Bila bosan, do something.
Hari-hari duk main masak-masak.
Sesekali nak gak buat benda lain ye dak?

Bosan-bosan, apa lagi.
Suami jadi mangsa! Hehe
Buat gini, main scrub. Lebih kurang buat spa la konon!

Best! Suami pun syok je bila kita scrub.
Best! Dapat bermesra dengan suami gittewww. Haha
Yela masa gini nak diluangkan sebaiknya.
Suami penat-penat balik kerja.
Apalah sangat kalau nak buat spa kat dia sesekali.
Stress pun hilang.

BACK TO BASIC

Dalam kehidupan, kena kental hadapi dugaan.
Balik kepada yang Esa.
Jangan harap orang sekeliling.
Pasti tiada sinar harapan.

Kita manusia mudah berputus asa jika tiada sebab yang kukuh untuk berjaya.
Cari BIG WHY kenapa kita perlu gigih berusaha.

Sama juga dengan situasi kenapa kita perlu kelihatan cantik.
Ia perlukan DISIPLIN dan KONSISTENSI.
Cantik ini subjektif.
Berbalik kepada yang asas.
Setiap ciptaan yang ESA ada kelebihannya.


Monday, 19 October 2015

SUAMI SYURGA

20 Oktober 2015.

First entry Biee (singkatan Na-Biee-Hah) menulis. Blog ni da agak lama Biee wujudkan. Cuma tak terfikir nak menulis. Tapi tak tahu kenapa hari ini, Biee terasa nak menulis di blog.

Biee suka nak share dengan orang lain. Yang baik dijadikan panduan. Yang buruk jadi tauladan. So my life's is not perfect. Banyak kurang dari lebihnya.

I love to do business. Jiwa business Abah turun pada Biee. Husband Biee juga bekerja sendiri. Biee da involve dalam business hampir 3 tahun lebih.

Sekrang ni Biee fokus business online. WMBH (singkatan husband) pula busy dengan projek fiber optik dan perniagaan sataynya. Dua business sekali gus.

Masa lapang di masa tiada projek, WMBH akan fokus perniagaan satay. Hidup selepas kahwin banyak pancaroba. Kental atau tidak sahaja. Bergantung kepada sejauh masa kuatnya iman masing-masing.

Banyak perniagaan kami lakukan. Masih belum dikatakan berjaya. Kami terus mencari apa silap kami. Yang penting jangan terus putus asa.

Malam ni WMBH terasa sudah hendak berputus asa. Terima kasih Ya Allah! Kau beri aku kekuatan untuk hadapi keadaan ini. Aku bersyukur.

24 jam WMBH tidak tidur disebabkan kerja. Dapat tidur selama 4 jam dan terus bersiap untuk berniaga satay pula. He's working too hard. Sambil kuatkan semangat dia, WMBH terus terlelap. ALLAH! Meratapi wajah suami yang dicintai, aku menangis. Terlalu bersyukur dikurniakan suami sebaik ini.

Biee tetap berjaga. Bimbang kalau WMBH perlukan apa-apa.

"ISTERI, SENTIASA INGAT ANDA BERKAHWIN DENGAN SUAMI KERANA ALLAH TAALA ATAUPUN TIDAK"

Syurga Isteri Di Bawah Telapak Kaki Suami.